Friday, 21 June 2013

Surat Untuk Dia~

hey hey hey....
entry kali ni rasa nak buat true short story lah!! ala2 novel Chicken Soup for The soul ...

 ---------------------------------------------------------------------------------**

Dalam crita ni, watak utama dia Johan, dan kekasih nya Mona. Diorang ni dulu belajar kat kolej yang sama,cuma aliran je lain2..perkenalan diorang pun dalam satu kelab jemaah wakil pelajar.. *haha*

---------------------------------------------------------------------------------***

"kecewanya aku  bila dia kata aku xpenah nak jaga hati dia..*sobbss* xpe lah,silap aku jugak sebab buat dia terasa dengan entry blog aku siang tadi. kalau aku kat tempat dia pun mungkin aku akan jadi macam tu.." rintih Mona pada satu malam yang agak sunyi dan membosan kan.
Sebelum itu,dia dan Johan dah berkelahi punca nya si Johan ni kerja half day sebab xberapa sihat,pastu xbagi taw kat si Mona..memang Mona marah dialah..bukan apa..sbb dia risau..tapi kejap je mereka ni berkelahi..macam beasa lah.. Mona ni mmg panas baran sikit,cepat melenting tapi dia cepat cool..tu yang gaduh xsampai 24 jam da berbaik.

***

Malam tu mereka pun bermesej la seperti beasa..macam xda pape yang berlaku. Tapi tetibe je si Johan ni membangkit kan sesuatu isu..dah mula balik...mesej2 dalam nada yang agak tegang.Tepat 12 malam Mona pun call la dia.. Mereka dua ni memang tiap malam la bergayut da jadi perkara wajib tiap hari.. So sweet..emm .

" abang kenape? tetibe tanye sayang macam tu? " mula si Mona..
" sayang ade pape nak bagi taw kat abang tak? " jawab si JOhan.. dan seterus nya lah perbualan mereka itu... berbalah, bertekak, berkata2 seperti orang hilang akal sekejap.. dan tetibe,
" sayang taw sayang ni memang xgeti nak jaga hati abang " (menangis)
" memang pun. awak tu xpenah nak jaga hati abang " tersentakMona bila mendengar kata Johan.
" yea! memang pun selama ni sayang xpernah jaga hati abang kan!! " teriak Mona dengan nada yang sentap. Dalam hati ny begitu sedih dan kecewa  dengan kata2 yang dilontarkan Johan tadi. walhal sebelum2 ini, dialah yang paling menjaga hati Johan.Terasa diri tidak dihargai seketika.
" tak pe la abg, sayang ngantuk lah sayang nak tido dulu. ade ape2 lagi tak nak cakap?" nada Mona semakin kelam..
" sayang...abang minta maaf..abang tak maksud kan pun tadi..sayang...jangan lah macam ni.. "
" dah la abang, tak perlu minta maaf, bukan salah abang pun. sayang ok. abang p la rehat, sok nak keja lagi..nanti pening pala lagi"  Rayuan Johan seakan-akan tidak menjadi perkara utama buat Mona.
Berkali Johan cuba mengambil hati Mona, namun tidak di endah kan Mona.
" ok lah sayang, p la tido. rehat. abang letak call ni dulu. sok pagi nanti abang kejut sayang yea."
" emm ok.."
" bye sayang.. nite love u."
" k..nite love u too" Perbualan mereka terhenti di situ. Mona tidak dapat berfikir ape lagi. dan dia terus melelapkan mata nya. Kepala teerasa berat, apatah lagi mata yang sememang nya berat memikul air mata yang kian merintik.

***

Terasa vibrate fon di tangan, namun tidak gagah mata ini hendak buka, apa lagi hendak membaca mesej entah dari siapa di malam hari ni. Lalu Mona membiarkan sahaja.

Tersentak Mona dari tidur nya bila kedengaran fon nya berbunyi nyaring. Lalu dijawab..
" morning sayang...da siap belum tu nak p keja?" oh, Johan rupanya.. bisik hati Mona.
" morning abang...emmphhh belom lagi.. sayang baru bangun ni..emmm"
" bangun la sayang...dah pukul berapa ni nak p keja..bangun yea.. abang nak gerak p kerja dah ni.."
" emm ye laa..sayang bangun la ni...ok.."
"ok..abg p keja dulu taw..love u sayang.."
" ok..love u too.." Mona tidak mengendah kan kata2 Johan..kepala nya terasa berat bagai ditindih seribu beban..lalu  di sambung tidur nya tadi..

Seketi kemudian, Mona bangun dengan kelam kabut nya..da terlewat untuk ke ofis. Dilihat nya fon ohh ada 3 mesej belum dibaca. dibuka dan dihayati satu2 mesej tersebut.. dia pun bangun dengan sebaris senyuman.. sedikit lega hati ini membaca mesej dari Johan semalam.

Setelah siap untuk ke ofis, Johan call  lagi bertanya sama ada buah hati nya itu da bangun ke belum. dan berbual seketika sebelum Mona keluar  dari rumah. Dalam perjalanan nya itu, Mona fikir kan tentang dia dan Johan. Bertapa sayang nya dia pada Johan, dan tak sanggup rasa nya menyakiti hati Johan yang bagai tisu premier itu. Lalu dia pun memikir kan sesuatu untuk mengambil hati kekasih hati nya itu.

***
Perkara pertama yang Mona fikir kan hanya blog nya. Mungkin dengan mengarang satu entry untuk si dia, bisa memujuk hati Johan yang lembut itu. Kerana itu lah yang di inginkan pun. Sesampai di ofis,terus Mona membuka lappy keramat nya itu lalu terus mengarang satu entry khas untuk jejaka klasik itu. :)

-----------------------------------------------@@-------------------------------------------

khas untuk Dia yang kuat sentap kuat rindu kuat melawak kuat sekeh pala aku ni ha..hehe

Siapa kah yang aku maksud kan itu?? emm si Dia la.. Mr J saye..hikhik..nama penuh dirahsia kan demi keselamatan negara..caitt!! haha ini suma poyo...emm emm emm ape yang aku nak celoteh pasal si Tua Botak ni..ehh!! haha..niat hati nak menulis surat buat dia..tp malas nak post..so aku tulis dalam ni..post guna tenet.sampai jugak kan..hahaha save cost n segala.. to my dear abam bald..mohon baca dan hayati setiap baris kata ku..kerna ia ikhlas buat dirimu yang sangat saya kasihi.. :)

---------------------------------------------------***-----------------------------------------

Assalamualaikum Kekasih hati ku,

Sila baca dengan  hatiyang tenang yea! :p

Hehe hey botak!! hehe semalam awak sentap dengan saye kan! hehe maaf la..bukan sengaja sayang ignore kehendak abg tu..tp belum datang ayat2 mengarang short story kita tu..n pasal entry yang lagi satu tu..emm yea sayang taw silap sayang ..sayang minta maaf oke.. :( xbuat lagi..tak sanggup nak berbalah mahupn bertekak dengan abg..apatah lagi mendengar atau melontar ayat2 yang xsedap didengar..emm

Abang..
Da lame sayang nak bagi taw suma ni kat abang..tapi dalam entry ni sayang akan bagi taw semua yang sayang nak cakap and luah kat abang..
First sekali, sayang nak abg taw..yang sayangg sangat kat abang..yang xsangup kehilangan abang untuk kali kedua.. dan kali kedua ni lah yang special buat kita..sebab xsama macam mula2 dulu..kita semakin akrab semakin sayang, semakin perlu kan sesama kita.
abangg..tika kita berperang menempuh segala dugaan, terlalu banyak yang pahit kite rempuh dan lalui bersama. tika kita sedih, menangis bersama, tika kita terluka, kita rawat bersama luka itu,tika kita berbalah, kita tetap memujuk hati masing2 agar tidak terus menambah luka yang sedia berdarah. namun, perkara2 tu sikit pun xpernah menjadi ruang dan jarak antara kita.. malah kita kian dekat tetap ada bersama dan terus rapat menggenggam bara api itu hingga ia menjadi seketul batu yang mampat lalu dicampak jaoh agar xbisa menjadi penghalang antara kita.

Sehingga kini, kita tetap bersama mengait sulam2 cinta dengan harapan akan terbina sebuah masjid indah yang binaannya kukuh teguh dan xbisa diruntuh kan oleh anasir2 lain. Hanya kita, Hanya kau dan aku Johan! kita bina mahligai yang kita impikan, kita bina keluarga solehah yang kita idam dan angan kan. Kita pasti mampu untuk mencapai itu semua!

Kau lah cinta terakhir ku Johan, Kau lah segala nya bagi aku..aku berharap sangat segala yang kita bina ni akan mendapat Redha Allah, dan kedua ibu bapa kita.. aku mahu kau bimbing aku seperti mana kau mampu menjadi ketua kluarga mu setelah pemergian ayah mu yang tercinta Johan. AKu yakin kau mampu.
Johan, walau ape pun kekecohan yang terjadi dalam perhubungan kita aku tetap mencintaimu seperti mana aku mencintai Allah dan Rasul ku..aku sayang kan kau sepertimana aku kasih kan Kedua ibu bapa ku..
"Ya Allah,kau redhai lah kami, kau lindungi lah kami dari segala godaan syaitan agar kami tetap utuh bersma berlandas kan agama mu Ya Allah. Semoga akidah dan iman kami tidak tergugat dengan segala anasir jin dan syaitan." -amin-
Aku sering berdoa agarjodoh kita dipanjangkan..dan dilindungi dari segala kejahatan..aku sayang kau Johan! jangan pernah kau lupa kan aku..apatah lagi tinggal kan aku! sebab aku sentiasa perlu kan kau di sisi!

Sebelum aku menamat kan entry ini, sepuluh jari ku susun, sebaris ayat ku karang, maafkan aku atas segala yang ku sakiti mu sayang.. Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat kita bersama..

I LOVE U JOHAN FOREVER~~~

Yang Ikhlas Mengasihi Anda,
~SAYANG~

--------------------------------------------------------@@----------------------------------
**

Dan begitulah menghayat hati setiap kata yang dititipkan oleh Mona pada Johan.. Dengan harapan mereka akan kekal seperti sedia kala..


-----------------------------------------------------------------------------------------------


p/s: Sekian sahaja short story cik Momoe untuk hari ni..hehe semoga terhibur... :) Insyaallah ade sambungan nya......



No comments:

Post a Comment