Friday, 26 July 2013

Cinta Jangan Engkau Pergi Lagi Part III

assalamualaikum guys.....
hahahha sudah sekian lama menanti..akhirnya....sambung lagi..part III..
kalau nak diikut..cerita kami dah episode 10 pun haha tapi nak ngarang baru lahai rangkap 3..
kalau last entry on may..which on the month i was born...and now on july..the month he was born..so sebelum julai melabuh tirai, baik lah hamba habis kan part ni.. :)
by the way..jum baca,, :)

*************************
seterus nya kisah ni bermula dari semester 6..yeahhh last sem wehhh!! haha..time ni aku pindah umah lagi..berjiran dengan toyland pulak..hahah rumah nya memang macam muzium mainan hahah sapa penah p dia taw la rupa nya macam mana..

~~~~
okeh! suppose to be, awal sem aku join MSK PUO anjuran JPP..but unfortunately, aku tak dapat join..emm lagi pun time tu baru nak rasa semester break..yela..abis short sem kan.hurmmm masa tengah cuti tu sebenarnya, aku ada jugak contact dengan dia..but through chating je la kan..hehe..then aku tak berapa bertegur  sapa dengan dia sangat pun masa awal sem tu..seyes time tu takda rasa pape lah!! hahaha..cuma time event je aku tegur sume..
then, seingat aku, time dah tengah2 sem..dah nak abis camtu la kot dalam bulan 10 dan ke atas..baru lah gap yang selama tu xterjalin..kembali terjalin balik...time tu agak akrab..malah lebih akrab i think so! ngeh3...
okeh nak cita part yang best2 je..yang xda tu sorry hahaha... mula sekali....

~~~~

ehem2.. haha kenapa aku gelak wehh time nak tulis ni heheheh..sebab kelakar dalam manis..cmna la tu kan haha..
time tu aku ajak dia men badminton..dia punya alasan punya  la banyak hahah...tapi dia datang jugak!! dia penah cakap kata aku, sebenarnya dia tertunggu tunggu kan aku time ni..hehe xsabar nak jumpa! rindu kata nya..after a year baru confess..gila kan!

hehe sebab kan dia xnak teman aku men badminton..aku soh dia belikan aku eskem..hehe dia beli kan la jugak...makan eskem kat hujung lorong!! hahaha share2 story..pastu ada anjing jiran apak besar datang..dia takut..hahah  lawak!!!!!!  p depan umah balik..

 lepas tu kitorang p lepak kat gua kek lok tong.. hermmm ingat sempat la nk jalan2 menghirup udara segar nyaman la...tp bukan rezeki...so kami lepak kejap je la ..then balik..petang tu dia nak balik sungkai pun sebenarnya..n aku pn nak balik bercuti  esoknya..time tu cuti ape tah xingat..sebelum dia blar, aku sempat minta tukar jam tangan..tp dia xnak pakai jam aku, so aku je la yang pakai jam dia..hehe 3 hari jugak la aku pinjam..haha..time tu aku p holiday dengan member2 aku..then malam esok nye, kami hanya chating kat fb. sebab aku xda kedit hehe..aku ingat lagi pesan dia, jangan lupa cuci jam tu..jangan kena air garam sangat..haha sayang beno dgn jam nye..so,habis je cuti..balik la ke ipoh...n dia amik aku kat medan gopeng malam tu..hehe..dan jam pun aku pulangkan jugaklah..tuan empunya dah  resah jam dia xda..haha.. :)

dan selepas dari tu,, mula lah cerita bibit2 awal cinta yang hadir didalam diam..
senyap tidak berbunyi,,namun membuak bagai ombak yang menghempas pantai.. :)
maka sekian lah untuk entry ini..sambung lagi part IV pulak haha babai~~


p/s: bila bukak cerita balik..time ni adalah antara moment yang paling manis,...:) antara yang paling banyak kali  kitorang akan cerita sesama sendiri... naturally happen. and  the bloom is  always the pretiest ever..
wait for the next  okeh!!

Monday, 22 July 2013

Me Or Not???!

kadang kala hati manusia sukar untuk diramal. ada kala mereka kental. ada kala mereka sensitif. ada kala mereka agresif.

even aku sendiri dalam situasi macam tu..tah kenapa hati ni selalu sangat nak emosi, dan sensitif. walhal aku tau hati aku ni sememang nya kental dan agresif. entah la..mungkin disebabkan peningkatan hormon estrogen barangkali. bende ni bukan main2..sebab melibat kan manusia lain..

 kadang aku terfikir, aku ni mmg cepat melenting atas sesuatu perkara yang remeh atau pun benda tu mmg salah? dan kadang2 tu rasa macam dilema pun ade. trfikir fikir, salah aku ke?? tp kenapa orang lain yang mintak maaf? ke mmg dia salah?? kadang tu menangis atas sebab yang tak pasti..PELIK!
tp tu lah..kena la hadap jugak...

terbawa bawa dengan perasaan..gangguan emosi,phsycology minda boleh menyebab kan seseorang itu mengalami tekanan perasaan. dan aku rasa disebab kan seseorang itu pernah mengalami masalah ini dengan tahap yang kritikal, adalah salah satu punca ia tidak boleh dibendung walaupun masalah itu telah lama berlalu.. alangkah dasyat nyaaa..hmmm penyakit ni sememangnya bahaya...kebarangkalian untuk menjadi gila tu mmg tinggi .. sakit jiwa tu sudah pasti. dan bila manusia dah sampai ketahap yang tiada  solusi, mereka mampu mencederakan orang lain mahupun diri sendiri.. entah la...aku sendiri pun xda jawapan kenapa..
hemmm...bia kan ia setakat di sini..lagi difikir...lagi aku mental..sbb sekarang ni aku dalam golongan ni..
kbai~



p/s: selamat malam...

Wednesday, 17 July 2013

EXPECT or BE EXPECTED ??

**

"Dictionaries are like watches, the worst is better than none and the best cannot be expected to go quite true."

"How can a woman be expected to be happy with a man who insists on treating her as if she were a perfectly normal human being."

"If your heart is a volcano, how shall you expect flowers to bloom?"

"Expect the best. Prepare for the worst. Capitalize on what comes"

"Set your sights high, the higher the better. Expect the most wonderful things to happen, not in the future but right now. Realize that nothing is too good. Allow absolutely nothing to hamper you or hold you up in any way."

"Expect trouble as an inevitable part of life and repeat to yourself, the most comforting words of all; this, too, shall pass."

**
atau dalam bahasa melayu nya, mengharap dan diharap..
hmm... sebenarnya..takda motif nak buat entry ni..cuma hati ni rasa kurang senang dengan dua perkataan ni..
sedih juga barangkali...

Bila kita mengharap kan sesuatu..pasti kita bersungguh menantikan nya..tidak kira apa jua situasi anda, kondisi anda.. dan sudah tentu perasaan kecewa yang menggunung akan berkunjung tatkala apa yang diharapkan hanya kosong..tiada hasil..tiada manis..tiada kesudahan..umpama satu penantian yang buang masa kira nya.. namun manusia punya secebis tabiat dimana dia pasti akan mengharap pada sesuatu perkara yang sama seandainya perkara itu, boleh dianggap nafas dalam tidur nya..selagi mampu selagi ada harapan..pasti!! dia akan terus berharap..walau sesisa. alangkah bertuah, andai ada manusia yang menjadi harapan insan lain..

Yang diharap..perkataan ni bagi aku membawa dua makna yang berbeza. yang diharap dan kesudahan seperti yang diharapkan, atau pun yang diharap, tetapi kesudahan tidak seperti yang diharapkan. jika kita berada di kedudukan ini, pasti kita akan selalu berfikir.. bagaimana untuk melunas kan harapan itu dengan terbaik nya.. mungkin mudah jika kita benar mahu melunaskan nya, namun jika tidak, maka musnah harapan,kecewa lah insan. maka berhati- hati lah, dan berfikir sebaiknya jika anda diharapkan untuk menjaga sesuatu yang sudah pastinya hak anda..jika tidak,ia pasti akan pergi..



**
di hari yang lepas, aku pernah menjadi insan yang bertuah,namun aku pilih untuk menjadi sebaliknya. aku pula yang mengaharapkan sesuatu..its like reversing the universe.. and now im getting the pain..mungkin verse ni kurg cantik tp itu lah hakikat. aku kerap berharap..setiap hari, menjadi lebih baik, menjadi lebih melengkapi..namun langit tidak selalu nya cerah..bila masa datangnya hukum alam, pasti datang bala dan bencana. kita manusia hanya mampu menempuh. mencari teduh, mahupun lari dari segala nya. namun hukum tuhan tiada yang terlepas. tersepit? terkeliru? tertekan? carilah jalan untuk keluar dari belenggu itu.
bagi aku, merangka sesuatu adalah cara terbaik untuk aku berfikir, dan melepaskan lelah di dada. tidak kira di mana sahaja. aku perlu berkarya~ yang mengharap tidak tertanggung,yang diharap lena diusik kalbu.
~sekian~

BUKAN KERANA NAMA (ramli sarip)

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu