Tuesday, 4 June 2013
Manusia Oh Manusia
Kadang kadang aku pelik dengan perangai manusia..termasuk lah aku sendiri.
kenape manusia ni kadang kadang diorang tak nampak perilaku, perbuatan dan perwatakan sendiri. Bukan kata tu je lah, percakapan mereka pun turut sama. ape yang mereka nampak, rasa dan taw nak komen, hanya pasal manusia lain. kan pelik tu.Cuba interpretasi diri sendiri dahulu. kemudian baru la kata pasal orang lain. sedang kan diri sendiri pun masih lagi xterurus..
Namun ade sesetengah manusia ni, dia memang bagus..attitude, karakter, percakapan, overall la kata kan. MASIH, dia itu seorang manusia..seelok, secantik, seburuk, segantang kah dia haha..masih lagi tidak sempurna..Sudah tertulis di dalam mathurah, di dunia ini, tiada yang lebih sempurna melainkan Allah yang satu..tetap akan ada satu kekurangan pada nya. So, manusia yang rasa dia tu bagus sangat, sedar lah diri tu sikit. anda tetap tidak sebagus itu. Kadang kadang anda sendiri tidak sedar, anda melakukan kesilapan.tak kira lah dari perilaku, percakapan mahupun pergaulan. jadi lah sederhana. Islam itu menuntut kita untuk menjadi sederhana, bukan bermegah dengan kelebihan yang kita punya. SEDARLAH. sedang kan RASUL pun taw nak bersederhana. Peringatan untuk diri sendiri juga yea~~
Entry kali ni, bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa,bukan untuk dituju pada sesiapa. Ia hanya secebis persoalan dan ideology untuk dikongsi bersama. Bukan juga untuk memperkatakan bahawa saya ini bagus ..hahah..tidak sama sekali...ia sebagai satu peringatan dan jambatan untuk saya mengUpgrade kan diri saya sendiri.Kesilapan tak pernah lekang dari manusia. Maka beringat lah dikala kita di tahap sedar, sebelum jatuh ketahap tidak waras. Sememang nya patut kita mempunyai atau pun menjadi seseorang yang sangat teratur, menepati masa, mahupun manusia yang sentiasa ada perancangan masa hadapan, NAMUN INGAT LAH! sesungguh nya, Allah lebih mengetahui, dan takdir Allah yang menentukan nya. Jadi lah manusia yang redha dan tidak takut akan kegagalan, dan rasa penyesalan.Kerana rasa itu lah yang membangkit kan kita untuk menjadi manusia yang lebih gagah dan beriman kepada Allah. Sekian saja~~ Kbai~ hehe
p/s: diri ini terasa lebih merendah diri tatkala terkenang kan kisah manusia di sekeliling,, kerana diri ini sendiri pun masih lagi di atas awan yang mendung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment