Tuesday, 23 June 2015

Permata di antara kaca..

Satu, diantara seribu..
Ku sisip satu demi satu..
masih belum jua kutemu ketika itu..

Sekali lagi,ku kuis ku selongkar..
Biar berdarah biar ku luka..
Ku teruskan jua,demi kamu wahai sebutir permata indah..

Sedalam seluas longgokan itu..
Akhirnya ku jumpa, yang satu bersinar terang bagai memanggil aku untuk menitip teliti setiap paksinya..

Aku begitu terpesona,melihat dari satu sisi ke sisi nya yg lain..
Makin tu teliti, semakin aku mengukir bahagia dalam diri ku sendiri..

Kau..begitu istimewa bagi aku yang kurang sempurna ini..

Segala luka yang aku rasai hanya untuk memiliki mu sebutir permata di celahan kaca bisa yang telah meracun gerhana hidup aku..
Telah hilang bagai air sungai yg mengalir deras ke hilir nya..kerana keindahan kau..wahai permata indah..

Dikit demi sedikit, kau mula mencorak aku untuk menjadi indah seperti engkau..

Aku bahagia..aku gembira..aku bersyukur..
Kerana engkau wahai sebutir permata indah, telah merubah diari hidupku, untuk menjadi lebih bermakna..

Hanya engkau,,, permata hidup ku..

~ mendalam ~
Puisi buat mu joi..



No comments:

Post a Comment