Hati siapa yang tidak gundah, andai si buah hati punya teman istimewa.
Jiwa mana yang tidak meracau, bila tahu si dia berkawan sembunyi tanpa kau tahu.
Cuba buat tidak tahu, cuba wayang tidak faham.
Tapi aku bukan pelakon layar yang bisa membawa watak2 luar biasa itu ! Aku cuma pelakon layar di pentas realiti yang tidak tahu sembunyi segala apa !
Senyap! Membisu! Berdiam seribu petah! Hanya itu yang aku mampu. Ku cuba tahan dari bersuara,agar tidak ada hati yg terasa. Ku cuba sembunyi kegelisahan hati yang memberontak untuk bertanya. Tapi aku polos! Kerna aku tahu apa kesudahan nya.
Aku tahu apa jawapan nya.
Hah! Kau pun sendiri pernah lakukan yang sama bukan wahai diri. Jadi kau sememang nya sudah tahu akan permainan itu.
Jadi bikin apa mahu tanya andai tahu kecundang juga.
Tahan sajalah . Diam sajalah . Kebenaran itu sentiasa akan datang dengan sendiri. Cuma masa yang mengadilinya. Kau usah bimbang hai hati.......kau pasti tahu juga nanti... sabar..... sabar...... sabar wahai jiwa yang kacau....
Memujuk hati yang sedang bingung sememangnya bodoh! Bagai mencurah minyak ke dalam api.
Hah! Seribu dua ribu tiga ribu.. walau sepuluh ribu soalan sekalipun yang engkau fikirkan, tidak akan kesampaian jawapan nya.
Dia sememangnya sudah tahu cara untuk mengelak. Bukan setahun jagung kau dengan si dia. Sudah bertahun tahun.. tipu engkau dia boleh teka. Tipu dia engkau yg terpedaya.
Sudahla sayang...lebih baik pergi tidur dari fikir.. selamat malam kekasih ku sembilu berduri.
No comments:
Post a Comment