Friday, 30 November 2012

WAKTU ITU...


Dan seperti sudah lama jari jemari ku tidak menari di atas keyboard usang ini.. hmmm..sekali sekala terasa rindu untuk bermadah..dan melepas kan lelah di hati.. mungkin masa yang tidak mengizinkan..lantas ia terus diam dan membeku di kala puitis akhir yang ku karang..

 ***
   Entah mengapa malam ni..terasa bagai ingin berkongsi satu cerita..yang ku rasa..sangat bermakna..dan bakal memberi impak pada hari2 ku kian mendatang..cuma, apakah ayat pertama yang ingin ku mula?? *berfikir sejenak*

***

 Biar ku mula dengan Bismillah..

   Ketika itu..aku di awal semester 5..dan seingat aku, time tu heboh pasal pilihan raya untuk pemilihan calon2 jawatan kuasa perwakilan pelajar untuk sesi tu..mula nya..aku sekadar menjadi penyokong untuk rakan kelas..tapi..jadi sebalik nya pula.haha..dan disebab kan itu la aku terjebak ke kancah politik kolej ni..hah..tapi..seronok juga! walaupun mula2 tu rasa kurang yakin kan..tapi,layan je la..dan tak sangke boleh raih undi terbanyak untuk kerusi jabatn dan sejurus itu ak terpilih..nasib baik la ade daniasha..ade jugak la kawan kann :)

 ***
   Sepanjang penglibatan aku untuk JPP, terlalu banyak memori yang terpahat..segala aktiviti yang ayahanda dan crew2 HEP aturkan untuk kami, sebenarnya jambatan pengerat silaturrahim antara kami adik beradik.yang datang dari pelbagai latar belakang dan jabatan.senang cerita,tak kenal maka tak cinta. :) dan dari setiap itu lah, kami menjadi seperti sekumpulan ikan yang bergerak kesana sini dalam satu kumpulan yang boleh dikatakan agak goyah kedudukan nya,kemudian menjadi gah dikala kami bersatu dan kukuh melaksanakan pelbagai tugasan hanya untuk menampak kan bahawa kami ini mampu untuk menjadi yang terbaik,lihat sahaja pada jawatan masing2..suda pasti perlu ada bukti nya..

   Walaupun aku bukan lah yang terbaik..namun aku sangat berbangga untuk memiliki sekumpulan rakan yang hebat2, yang mampu untuk menempuh segala suka duka bersama..dan tetap senyum dan ketawa walau rintangan yang dilalui...bagai menempuh belukar yang berduri..hanya tuhan yang tahu segala yang tersirat..bersatu kita teguh dan bila bergaduh,,kita tetap bersatu.. :) begitu lah kehendak nya...dan satu yang menjadi bahan pengukuh antare kalian...ayahanda tercinta yang begitu sabar melayan karenah kita yang pelbagai..tanpa dia..siapalah kita..tanpa dia..dimana lah kita sekarang..dan tanpa dia kita pasti tidak tahu dan tidak kenal antara kita. terima kasih ayah fadil !!

   Disetiap jalan pasti ada penamat nya..begitulah jua rutin kita di JPP. bagai kan tidak terasa sudah setahun kita bersama dan masa kian memudarkan waktu nya..walaupun perkhidmatan sudah sampai tamat tempoh nya..namun jasa kalian akan tetap mejadi tugu peringatan di mana sahaja yang telah ditaburi..aku sayang kalian..seperti adik abang dan kakak..pasti tiada penamat nya pertalian ini andai kita masih berpegang pada ikatan yang terjalin..andai masa mengizinkan..pasti kita akan bertemu lagi.. Buat ayahanda Fadil, sudah pasti ayah menjadi memory utama untuk sketsa ini..tiada pengganti yang bisa hadir..walaupun saya tidak seperti mereka yang lain, saye tetap menganggap cik fadil seorang ayah dan pembimbing yang hebat. yang mampu mengawal 31 kepala yang bermacam ragam dan watak..kalau pun nanti kamai melanjutkan pengajian mahupun bekerja, setiap tunjuk ajar dari ayah pasti akan menjadi panduan untuk kami menjadi yang terbaik..acuan sebagai seorang peneraju utama yang telah ayah tanam dalam diri mereka dan saya tak kan pudar dek zaman, tak kan hilang dek masa..

   Dan yang terakhir , seribu kemaafan dari saya andai karangan ini menyentuh dan mengguris mana2 pihak..saya hanya meluah kan rasa di hati..memandangkan kita tidak tahu bila akn berjumpa lagi..maka saya karangi ini agar menjadi memori kekal dan boleh dikunjungi tatkala hati terasa rindu.. :)


 ~sekian wasalam dari saya Salleha~




p/s: setiap suka duka psti akan menjadi penawar dikala rindu  :) **foreverLove**

2 comments: